For Immediate Release

Memperkasa Masa Depan: Kesan Bimbingan Transformatif dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia

Yayasan Tunku Abdul Rahman (“YTAR”) menaja 69 pelajar sekolah menengah yang berpotensi tinggi dan berkeperluan tinggi dengan Program Closing the Gap (“CTG”) Kohort 2024 yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan OSK.
Gambar keseluruhan peserta, mentor, dan pasukan CTG semasa pelancaran Kohort CTG 2024 yang melibatkan 69 pelajar dari pelbagai sekolah di Lembah Klang dan 68 mentor yang berdedikasi.

Kuala Lumpur, 5 Julai 2024 – Pendidikan tinggi berperananan sebagai pemangkin faktor penting bagi kemajuan sosial dan pemerkasaan individu. Selain manfaat ekonomi, ia juga memupuk pemikiran kritikal, kemahiran menyelesaikan masalahdan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Di Malaysia, kepentingan pendidikan tinggi yang mudah diakses semakin diakui membawa kepada pelbagai inisiatif untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua. Salah satu inisiatif penting adalah program bimbingan yang bertujuan menyokong pelajar dari latar belakang yang kurang bernasib baik atau terpinggir, memastikan mereka tidak hanya mendapat akses pendidikan tinggi tetapi juga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Program Closing the Gap (“CTG”) oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (“YTAR”) dan Yayasan OSK adalah salah satu contoh programbimbingan transformatif dalam pendidikan tinggi. Inisiatif ini menunjukkan keberkesanan bimbingan transformatif yang direka khas untuk mengatasi jurang pendidikan dengan menyediakan sokongan komprehensif kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Program CTG adalah projek akses pendidikan tinggi dan bimbingan yang berlangsung selama dua hingga tiga tahun, bertujuan untuk memperkasa pelajar sekolah menengah dari komuniti berkepampuan rendah dengan memberikan pengetahuan, kemahiran, dan pemikiran yang diperlukan untuk mencapai aspirasi pendidikan mereka. Melalui bimbingan peribadi, program ini memberikan panduan dan keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan tinggi serta merealisasikan potensi penuh mereka. Intervensi berfokus ini tidak hanya meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga mengembangkan pembangunan peribadi dan ketahanan individu — ciri-ciri utama untuk mencapai kejayaan dalam dunia yang kompetitif pada hari ini.

Perjalanan Transformasi

Program CTG merupakan komitmen YTAR dalam memberikan sokongan kepada individu untuk membantu mereka mencapai potensi penuh. Baru-baru ini, program CTG menerima 69 pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah di Lembah Klang untuk kohort 2024. Para pelajar ini akan menerima bimbingan dan sokongan dari 68 profesional muda dan pelajar universiti yang akan memainkan peranan sebagai mentor. Sepanjang program ini, peserta CTG akan mengikuti bengkel dan aktiviti yang dirancang untuk membantu mereka memperoleh biasiswa dan mencapai matlamat pendidikan tinggi mereka. Setiap pelajar akan digandingkan dengan seorang mentor peribadi dari berbagai latar belakang pendidikan dan professional.

Para peserta belia terlibat dalam sesi sumbang saran secara kolaboratif semasa program Makmal Hidup Belia dan Alam Sekitar (“YELL”).


Yayasan OSK, sebagai cabang filantropik Kumpulan OSK, adalah penaja tunggal bagi Kohort 2021 dan Kohort 2024 CTG. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan OSK, Cheryl Ong, berkata, “Di Malaysia, ramai pelajar yang berpotensi yang mungkin tidak mendapat sokongan yang mencukupi untuk mencapai kejayaan dan mencapai matlamat mereka. Kami dengan sukacitanya menaja CTG kerana kami percaya bahawa bimbingan individu yang disediakan oleh platform ini memberipeluang kepada pelajar-pelajar berpotensi untuk mencapai potensi akademik mereka sepenuhnya, sama ada dengan mendapatkan biasiswa atau mencapai halatuju yang mereka impikan dalam kehidupan.”

 

Meraikan Kisah Kejayaan

Sejak tujuh tahun yang lalu, program CTG telah menyokong lebih daripada 486 pelajar dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia, dengan nilai biasiswa hampir RM 16 juta. Sokongan ini telah membolehkan pelajar- pelajar ini melanjutkan pengajian mereka di institusi terkemuka seperti Stanford University, University of Melbourne, Universiti Malaya, dan Sunway University serta institusi lain.

Aishwarya Lakshmi, seorang penerima biasiswa CTG 2022, merupakan contoh kejayaan program ini. Beliau telah dianugerahkan Biasiswa ASEAN Bright Sparks oleh Yayasan ECM Libra untuk melanjutkan pelajaran A- Level di Kolej EPSOM. Pada hari pelancaran, beliau berkongsi bahawa tanpa program Closing the Gap, beliau tidak akan mempunyai pendedahan kepada pelbagai laluan pendidikan tinggi dan peluang biasiswa. Dengan panduan peribadi daripada mentornya, Sai Durgeshwari, Aishwarya dapat membuat keputusan tentang rancangan pendidikan tingginya dan berjaya mengurus permohonan biasiswanya.

___ 

Meraikan Kisah Kejayaan

Sejak tujuh tahun yang lalu, program CTG telah menyokong lebih daripada 486 pelajar dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia, dengan nilai biasiswa hampir RM 16 juta. Sokongan ini telah membolehkan pelajar- pelajar ini melanjutkan pengajian mereka di institusi terkemuka seperti Stanford University, University of Melbourne, Universiti Malaya, dan Sunway University serta institusi lain.

Aishwarya Lakshmi, seorang penerima biasiswa CTG 2022, merupakan contoh kejayaan program ini. Beliau telah dianugerahkan Biasiswa ASEAN Bright Sparks oleh Yayasan ECM Libra untuk melanjutkan pelajaran A- Level di Kolej EPSOM. Pada hari pelancaran, beliau berkongsi bahawa tanpa program Closing the Gap, beliau tidak akan mempunyai pendedahan kepada pelbagai laluan pendidikan tinggi dan peluang biasiswa. Dengan panduan peribadi daripada mentornya, Sai Durgeshwari, Aishwarya dapat membuat keputusan tentang rancangan pendidikan tingginya dan berjaya mengurus permohonan biasiswanya.

Aishwarya Lakshmi, Penerima Biasiswa CTG 2022
  Program CTG bertujuan untuk menyokong lebih ramai pelajar seperti Aishwarya dalam mencapai matlamat pendidikan tinggi dan melepaskan potensi penuh mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan sumber pendidikan tinggi yang tersedia, lawati www.closingthegap.yayasantar.org.my.

Related Media

OSK Holdings Delivers Robust FY2024 Results with 10% Growth for a Record Pre-Tax Profit, Proposes an Increase in Final Dividend to 5 Sen
OSK Property Launches Nara At Shorea Park With An Exciting Weekend Celebration
OSK Property Welcome PeopleUp Singapore With Its First Flagship Family Entertainment Concept In Atria Shopping Gallery

SCAM ALERT

Impersonation is on the rise. OSK Holdings Berhad (“OSK Group” or “Company”) has been made aware of the presence of websites and agents soliciting investments from the public or offering loans, claiming to represent OSK Group, and those of its subsidiaries within the Property, Financial Services, Industries, and Hospitality sectors.

We implore the public to exercise discernment when encountering websites or individuals, and to exclusively refer to the official website at oskgroup.com, along with the web addresses and social media pages listed there, for authentic and verified information on OSK Group of Companies.